“Saya ada dengar pasukan negara tidak cukup masa untuk berlatih bersama. Ia tidak boleh salahkan jurulatih kerana ia akan membawa kita lihat kembali jadual Liga Malaysia. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mungkin fikir Liga-M ini seperti di Eropah (pemain-pemain liga kembali ke skuad kebangsaan tiga empat hari sebelum perlawanan)”.

“MFL sebenarnya silap kerana liga kita tak setinggi seperti di Eropah. Ini satu kebenaran. Dan kebenaran ini boleh dilihat ketika aksi bertemu Indonesia”.

“Sesetengah kelab di Eropah (Top 3) sasaran mereka ke layak Liga Juara-Juara, dan ke Liga Europa, manakala bagi pasukan yang tidak layak akan bermain mengekalkan kedudukan dalam Bundesliga sambil mencungkil bakat-bakat pemain dan ‘menjualnya. Sebaliknya kelab-kelab di Malaysia hanya fikirkan liga sahaja”.

“Sepatutnya untuk ‘team feeder’ tidak perlu ada pemain import. Ini boleh membvnuh bola sepak remaja kerana mereka tidak diberi peluang untuk bermain. Di mana lagi mereka perlu bermain untuk mendapat minit permainan, pengalaman, keyakinan dan sebagainya.”

“Tetapi itulah, jika pemimpin bola sepak negara masih dikelilingi orang-orang yang tak faham bola sepak, akhirnya jadi ‘pi mai pi mai tang tu”.

– : lim teong kim