Sukan

Faisal Halim luah kekecewaan

“Biar ada persediaan, kami bukan ahli silap mata,” demikian tegas pemain tengah negara, Faisal Halim, mengakui betapa kegagalan di Singapura meninggalkan kesan mendalam bukan hanya melibatkan pemain, malah keluarga dan juga rakan-rakan.

Pemain Terengganu itu kecewa dengan kemunculan pertamanya bersama skuad negara dalam kempen Piala AFF yang meninggalkan kenangan pahit sambil menggesa keadaan ini tidak wajar berulang lagi.

Kekecewaan di Kota Singa menyukarkannya untuk melelapkan mata pada malam Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar oleh Indonesia dalam saingan peringkat Kumpulan B, Ahad lalu, lebih-lebih lagi dib3lasah 1-4.

Meragui perancangan yang diaturkan untuk skuad negara, Faisal menganggap penampilan mereka dalam kempen edisi 2020 itu sekadar mengundang kecaman semata-mata dan tanggungjawab berkenaan seharusnya tidak ditanggung sebelah pihak sahaja.

“Persiapan yang membuat kami kalah.”Bila kalah, orang akan ‘bantai’ jurulatih dan pemain tapi orang luar tidak tahu apa sebenarnya (yang berlaku).
Mana pasukan yang berlatih enam hari kemudian mendapat kejayaan.

“Kalau pergi sekadar menjadi pelengkap (jadual), orang hanya akan maki hampir sahaja, baik saya tidak payah pergi,” katanya di Nadi Arena.Ketika Malaysia dilabel sebagai antara pencabar utama selain meletakkan sasaran ke final, sebaliknya berlaku apabila longlai di peringkat kumpulan untuk pulang kecewa dan tiada apa untuk dibanggakan.

sumber:- arena

“Saya tidak kisah tiada cuti untuk keluarga, janji dapat berbakti untuk negara.”Saya memang kecewa dan tidak boleh terima kekalahan ini.”