Sukan

Thailand sukar digugat

Prestasi cemerlang yang dipamerkan Thailand sepanjang saingan peringkat kumpulan meletakkan mereka selaku pilihan utama untuk muncul juara Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Membawa beberapa pemain bintang termasuk perancang tengah, Chanathip Songkrasin dan striker berb!sa, Teerasil Dangda yang tidak beraksi pada edisi 2018 menyaksikan skuad Gajah P3rang seakan sukar digugat.

Skuad kendalian Alexandre Polking itu merekodkan kemenangan bersih dalam empat perlawanan dan mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

Thailand melengkapkan kemenangan keempat berturut-turut, kelmarin dengan menewaskan tuan rumah, Singapura 2-0 di Stadium Nasional hasil jaringan Elias Dolah dan Supachai Chaided pada babak pertama.

Polking mengakui gembira dengan kemenangan yang diraih pasukannya ke atas Singapura walaupun terpaksa melakukan beberapa pertukaran pemain.

Kami tahu adalah berisiko untuk menukar begitu ramai pemain, tetapi mereka sudah bekerja keras dalam latihan dan berhak mendapat peluang bermain.

“Malah, ia (pertukaran pemain) pasti memberikan kami skuad yang lebih baik untuk saingan separuh akhir. Namun ia tidak bermakna apa-apa, sama ada menghantar mesej (kepada pasuakn lain) atau sebagainya,” katanya.

Selain memungut mata penuh, Thailand juga mel3dak 10 gol dan hanya bolos sekali dalam empat perlawanan peringkat kumpulan.

sumber:- HM

Teerasil berada dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan ketika ini bersama pemain Filipina, Bienvenido Maranon dan bintang skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid dengan meledak empat gol (tidak termasuk perlawanan terakhir Kumpulan B malam tadi).