Sukan

Perbelanjaan di jangka turun musim depan

Perbelanjaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) untuk menghadapi saingan musim depan dijangka menurun antara 20 hingga 30 peratus.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata keadaan itu dijangka berlaku dengan melihat keadaan semasa ekonomi termasuk negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Beliau yang juga ejen pemain yang berpengalaman luas di negara ini berkata, penurunan perbelanjaan pasukan turut dipengaruhi oleh hasil kutipan penjualan tiket yang diraih pasukan masih tidak menentu.

Justeru, katanya, pasukan akan berbelanja lebih berhemah dan berhati-hati bagi memastikan setiap perbelanjaan yang dilakukan adalah mengikut kemampuan.

Perbelanjaan pasukan mungkin turun sedikit, ia kerana kebanyakan pasukan bergantung kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri pun nak kurangkan bajet terutama apabila berdepan C0VID-19 dan menyelesaikan isu lain seperti banjir.

Anggaran mungkin berlaku penurunan (perbelanjaan pasukan) antara 20 hingga 30 peratus. Bagi pasukan Liga Super tidak termasuk JDT (Johor Darul Ta’zim), mungkin perbelanjaan mereka antara RM10 juta hingga RM25 juta.

Jumlah hasil kutipan tiket perlawanan juga tidak dianggap menjadi hasil buat pasukan buat masa ini berbanding dulu ia adalah sumber pendapatan pasukan dan boleh masuk dalam bajet.

“Tapi sekarang tak boleh sebab kita tak tahu bagaimana (jumlah penonton) atau kutipan tiket tak menentu. Jadi, ia hanya boleh dianggap sebagai bonus sahaja kepada pasukan ketika ini,” katanya kepada BH Sukan.

Sebelum ini, difahamkan ada pasukan Liga Super yang berbelanja melebihi RM25 juta dalam membentuk skuad mantap dengan mengikat barisan pemain bintang.

Khamis lalu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang akan bersaing di Liga M dan pentas Piala AFC musim depan dilaporkan menetapkan bajet RM22 juta berbanding hampir RM30 juta yang dibelanjaan untuk musim ini.

Sekiranya pasukan besar seperti Kedah yang turut akan bersaing di peringkat Asia pun mengurangkan kos perbelanjaan, maka tidak mustahil pasukan lain yang hanya akan bersaing di Liga M juga akan berlaku pengurangan perbelanjaan.

sumber:- HM

Malah, dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak banyak pihak berani membuat tajaan besar untuk pasukan bola sepak selain jumlah penonton dibenarkan ke stadium hanya terhad kepada kapasiti tertentu, memaksa kelab melakukan perbelanjaan lebih berhemah.