Sukan

Luqman akan direhatkan

Dua striker yang memiliki susuk fizikal agresif, Guilherme de Paula dan Shahrel Fikri kemungkinan antara calon pilihan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk mengetuai jentera s3rangan apabila berdepan Indonesia di Stadium Nasional Singapura, malam esok.

Walaupun tidak mendedahkan nama striker itu, Cheng Hoe mengakui striker muda s3nsasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akan direhatkan dengan ayam tambatan yang lebih agresif diturunkan untuk mer0bek benteng skuad Garuda.

Kita ada baki 24 jam (semalam) untuk buat pilihan terbaik, siapa kesebelasan utama lawan Indonesia.

Kita tahu mereka bermain agak baik menentang Vietnam, di mana pertahanan mereka cukup ampuh dan berdisiplin. Kita masih lagi menilai solusi terbaik dan pemain terbaik untuk menggantikan Luqman.

“Kita tahu Luqman antara pemain muda yang meningkat naik dan dia sebahagian daripada pasukan dan kita akan putuskan siapa pemain yang akan main di posisi itu (striker),” katanya.

Dalam dua aksi Kumpulan B sebelum ini ketika menentang Laos dan Vietnam, Luqman yang beraksi di Liga Belgium bersama KV Kortrijk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

Meskipun memiliki larian pantas dan kawalan bola yang baik, pertahanan Indonesia dijangka mampu mengekang gerakan Luqman seperti mana yang dilakukan ketika skuad Garuda mematikan aksi lincah striker Vietnam sebelum ini.

Justeru kelajuan bukanlah keutamaan Cheng Hoe, sebaliknya pemain yang lebih agresif bakal menjadi pertaruhan dengan tiga mata adalah sasaran pasukan.

Ujarnya lagi, setiap peluang yang terhidang harus dimanfaatkan sebaiknya oleh anak buahnya dan Cheng Hoe mahu striker yang dipilihnya tampil lebih tajam.

Kita dah analisis permainan Indonesia dan sudah tentu mereka juga sudah melakukan perkara sama. Kita akan main secara menyerang dan pasukan harus lebih tajam di depan kerana gol awal cukup penting buat kita.

sumber:- HM

“Dalam masa sama, kita juga kena fokus di bahagian pertahanan. Apabila kita kehilangan bola, kita kena cepat tutup ruang kerana pemain Indonesia cukup pantas dan merb@haya,” katanya.