Sukan

Jurulatih Indonesia beri amaran

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong merahsiakan strategi yang akan digunakan untuk menghadapi perlawanan hidvp mat! berdepan Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, esok.

Pengendali berusia 51 tahun dari Korea Selatan itu menjelaskan barisan kejurulatihan akan membuat analisis mengenai corak permainan skuad Harimau Malaya sebelum memutuskan strategi sesuai yang akan digunakan untuk meraih keputusan positif pada perlawanan itu.

Katanya, barisan pemainnya tidak boleh terlalu yakin walaupun skuad Garuda ketika ini dilabel sebagai pasukan pilihan untuk lolos ke separuh akhir.

Memang ramai yang mengatakan Indonesia paling cemerlang dalam kumpulan kami, tapi kita tak tahu bagaimana situasi pertandingan akan berubah dan saya nasihatkan pemain kekal fokus.

Sebagai ketua jurulatih, saya bertanggungjawab untuk memimpin pasukan dan juga ada tugas bagaimana menghadapi lawan dengan menganalisis kelemahan serta kekuatan mereka sebelum membentuk strategi yang sesuai.

“Kami akan melakukan persiapan dengan baik dan saya percaya kami pasti akan mendapat keputusan positif berdepan Malaysia, pasukan yang lebih baik dari kami,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Ramai pihak menjangkakan Indonesia akan bermain secara bertahan kerana mereka hanya memerlukan seri untuk melangkah ke separuh akhir.

Selain itu, Tae Yong turut menjelaskan perkara paling penting buat pemainnya untuk mengatasi Malaysia ada dengan menguatkan aspek mental.

sumber:- BH

“Kalau kami mempersiapkan mental dengan baik pasti akan dapat hasil yang baik. Memang persiapan yang paling penting sebelum perlawanan yang sengit ini adalah mental,” katanya..