Sukan

Jaringan awal beri kelebihan untuk Malaysia

Skuad Harimau Malaya bakal turun dengan misi membvru gol awal bagi menambah tekanan kepada Indonesia apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Singapura, esok.

Pemain sayap negara, Faisal Halim berkata, jaringan awal bakal memberi kelebihan buat pasukan yang menyasarkan tiga mata penuh untuk layak ke separuh akhir.

Sudah tentu kita melihat dan kita menganalisis video aksi Vietnam berlawan Indonesia. Sejujurnya saya cakap mereka (Indonesia) bermain aksi pertama lain, tapi taktikal berbeza pula untuk aksi kedua dan ketiga.

Tak mustahil Indonesia takkan melakukan perkara macam itu juga berdepan dengan kita, di mana dia (Indonesia) memerlukan satu mata. Tapi dia juga sudah tentu agak risau kalau dia bermain bertahan dan kita mendapatkan gol, sudah tentu dia akan panik.
“Apa yang saya harap pada perlawanan Ahad ini, kita perlu jaringkan gol awal dan kita perlu bermain seperti biasa dan itu yang penting,” katanya.

Malaysia yang menang dalam dua aksi awal ketika menundukkan Kemboja dengan 3-1 dan 4-0 ke atas Laos bagaimanapun gagal meneruskan rentak sama apabila tumbang 0-3 di tangan Vietnam.

Indonesia pula yang dibimbing Shin Tae-yong masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam tiga aksi selepas menang 4-2 dengan Kemboja diikuti 5-1 menewaskan Laos sebelum mengikat Vietnam tanpa jaringan.

Lantas, Indonesia hanya memerlukan seri untuk layak ke peringkat empat terbaik manakala skuad negara wajib melakar kemenangan ke atas ‘musvh’ tradisi itu.

Bagi saya kita sekarang jangan fikir Indonesia bermain bertahan ke bermain macam mana ke… kita kena kukuhkan pasukan kita dulu.

sumber:- HM

“Macam mana nak pastikan kita menang dan macam mana nak main, itu yang lebih penting bagi saya,” kata pemain Terengganu FC itu yang enggan terlalu memikirkan corak permainan lawan.