Sukan

Syafiq Ahmad hampir pasti kembali ke Kelab Lama

Syafiq Ahmad kini hampir kembali ke Kedah selepas pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan sedang berbincang untuk meminjamkan striker itu ke kelab lain baru-baru ini.

Perkembangan itu sekali gus membawa berita positif buat skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dilihat berusaha keras bagi mendapatkan sentuhan striker itu yang pernah beraksi bersama skuad Hijau Kuning pada musim 2015 hingga 2017 ketika di bawah kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya sudah mengadakan rundingan dengan JDT bagi mendapatkan Syafiq.

KDA juga sudah menghubungi Syafiq bagi mendapatkan kepastian sama ada beliau mahu kembali beraksi di Kedah atau tidak.

sumber:- BH

“Alhamdulillah, beliau telah memberi reaksi yang diharapkan dan keputusan kini terletak di tangan pengurusan JDT,” katanya.