Sukan

Magis S.A.L.A mampu tumpaskan Indonesia

Magis empat pemain generasi baharu skuad kebangsaan – Muhammad Safawi Rasid (S), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (A), Luqman Hakim Shamsudin (L) dan Arif Aiman Mohd Hanapi (A) ditagih pada aksi hidvp mat! men3ntang Indonesia, Ahad ini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Dollah Salleh percaya keempat-empat pemain itu sandaran terbaik bagi meraih kemenangan berdepan skuad Garuda sekali gus membawa Malaysia ke pentas separuh akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.

Dengan kemahiran individu tersendiri yang ada pada mereka, Dollah berkata kombinasi S.A.L.A itu di bahagian s3rangan dianggap memiliki segala elemen diperlukan untuk men3mbusi benteng pertahanan Indonesia pada aksi terakhir saingan Kumpulan B itu di Stadium Nasional Singapura.

Menurut beliau, terdapat kelemahan daripada cara Indonesia bertahan berdasarkan perlawanan men3ntang Kemboja yang menyaksikan mereka dibolosi dua gol dan peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya keempat-empat pemain negara itu.

“Jadi kita kena ambil kesempatan di situ sebab saya tahu macam Safawi, Akhyar, Arif yang merupakan antara pemain kegemaran saya dan Luqman mampu cipta sesuatu. Empat pemain ini ada kemahiran individu yang bagi saya terbaik di Malaysia,” katanya.

“Jadi saya pasti mereka ini boleh melakukannya dan kalau empat pemain ini menjadi insya-Allah tak ada masalah untuk kita dapatkan kemenangan men3ntang Indonesia,” kata Dollah yang juga bekas penyerang skuad kebangsaan era 80-an dan 90-an.

Muhammad Safawi yang mengumpul empat gol termasuk hatrik men3ntang Laos pada aksi kedua muncul penjaring terbanyak pasukan negara yang sudah mencetak tujuh gol dalam tiga perlawanan, manakala Muhammad Akhyar mengumpul satu gol yang diraih pada aksi pembukaan men3ntang Kemboja.

Luqman Hakim dan Arif Aiman masing-masing belum berjaya mencetak nama sebagai penjaring, namun peranan mereka dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe tidak boleh dinafikan apabila turut menyumbang menerusi hantaran gol.

Bagaimanapun, ketika ini Muhammad Akhyar masih belum dibenarkan untuk menyertai sesi latihan pasukan susulan perlu menjalani kuarant!n kendiri selepas dijangkit! C0VID-19.

Peluang Malaysia ke peringkat kalah mati kini bergantung pada aksi terakhir selepas membuka kempen kejuaraan dengan langkah kanan menerusi dua kemenangan masing-masing ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0 sebelum tewas 0-3 kepada juara bertahan, Vietnam.

“Prestasi serta rekod kita setakat ini (lawan Indonesia) berpihak pada kita dan sudah pasti Cheng Hoe sudah mempunyai cara untuk memastikan kemenangan ke atas Indonesia,” kata Dollah.

Skuad Harimau Malaya yang kini mengumpul enam mata di kedudukan ketiga tidak mempunyai pilihan lain selain wajib melakar kemenangan ke atas Indonesia untuk mengesahkan tempat di separuh akhir sekali gus selangkah daripada mencapai sasaran ke final.

sumber:- BH

Sementara Indonesia dan Vietnam yang turut mengutip enam mata di kedudukan dua teratas dengan bermain kurang satu perlawanan, akan bertemu di Stadium Bishan, malam ini dengan kemenangan akan mencerahkan peluang mana-mana pasukan mara ke separuh akhir. – BERNAMA