Sukan

Dari Kuala Pilah ke Liverpool

Pengalaman ‘berguru’ dan memberikan khidmat sokongan sains sukan kepada beberapa kelab dan pemain ternama di Liga Perdana Inggeris sejak 2014 sehingga 2019 termasuk Liverpool dianggap cukup berharga buat pakar fisi0logi dari Malaysia, Mohd Firdaus Maasar.

Malah, penghijrahannya ke akademi bola sepak terbaik dunia Akademi Aspire di Qatar turut melengkapkan kepakarannya dalam bidang Sains Sukan itu terutamanya dari aspek sokongan dan peningkatan prestasi seseorang pemain.

Justeru, tidak hairan mengapa sentuhannya dibvru banyak kelab dan akhirnya anak tempatan kelahiran Kuala Pilah itu memilih untuk menyertai kelab Singapura, Lion City Sailors FC pada musim ini.

Walaupun baharu bersama kelab itu, namun sentuhannya berjaya membantu Lion City Sailors memecah dominasi kelab luar yang memenanginya sejak enam musim lalu apabila pasukannya muncul juara Liga Singapura musim ini.

Katanya, sebab utama mengapa dirinya memilih untuk bersama Lion City Sailors adalah kerana pelan jangka panjang pasukan yang menyasarkan untuk muncul antara kelab terbaik di rantau ini selain sasaran peribadi yang mahu melahirkan lebih ramai pemain terbaik dari rantau ini.

sumber:- HM

“Perancangan kelab (Lion City Sailors) amat baik dan tidak lama lagi kelab akan memiliki pusat latihan berkelas antarabangsa dengan fasiliti yang terbaik.