Sukan

Indonesia sama je dengan Vietnam

Perubahan transisi dari bertahan ke formasi meny3rang dan sebaliknya adalah tumpuan utama skuad Harimau Malaya apabila turun men3ntang Indonesia di Stadium Nasional Singapura, di sini, Ahad ini.

Jelas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, corak permainan Indonesia dilihat ‘saling tak tumpah’ seperti sistem permainan digunakan Vietnam yang menewaskan Malaysia 0-3, Ahad lalu.

Katanya, untuk mengekang gerakan pemain Indonesia, anak buahnya perlu kekal fokus dan disiplin dalam aksi terakhir Kumpulan B itu.

Jurulatih Shin Tae-yong (Indonesia) bawa ramai pemain muda dan dari segi kelajuaan mereka cukup pantas dan laju.

Malah dari segi persiapan mereka juga terbaik, mereka sudah mengadakan latihan di Turki dan perlawanan persahabatan dengan Afghanistan dan Myanmar dan meraih keputusan terbaik.

“Itulah kalau kita lihat dua perlawanan awal mereka begitu bertenaga dan bersemangat dan yang penting mereka boleh mencipta banyak peluang gol. Kita kena berwaspada daripada serangan serangan mereka,” kata jurulatih dari Kedah itu.

Begitupun, Cheng Hoe tetap tenang dan yakin skuad bimbingannya mampu melepasi halangan Indonesia itu, dengan pengalaman pemain negara bakal meranapkan impian lawan.

Bagi saya barisan jurulatih tahu sasaran kali ini lawan Indonesia adalah kita wajib menang dan kita perlu fokus tentang perlawanan kita.

Kita pun tahu corak permainan mereka seakan akan Vietnam tapi dari segi kualiti permainan mereka, saya rasa Vietnam ada kelebihan dan sudah tentu kita boleh beri tentangan dengan pemain-pemain Indonesia.

“Tetapi macam saya bagi tahu, transisi dalam bola sepak cukup penting. Setiap kali kita menyerang kita perlu berhati-hati di pertahanan, dan elak buat kesilapan-kesilapan di transisi itu,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah di pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di mana Malaysia menewaskan Indonesia sebanyak dua kali.

sumber:- HM

Kemenangan pertama dilakar pada aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno dengan kejayaan 3-2, sebelum ia diteruskan di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi kemenangan 2-0.