Sukan

Dion Cools wira skuad Malaysia

Tembok akhir skuad Harimau Malaya kini diletakkan di bahu dua tonggak muda, Dion Cools dan Dominic Tan menjelang perlawanan ‘hidvp mat!’ men3ntang Indonesia di Stadium Nasional Singapura, di sini, Ahad ini.

Peralihan tanggungjawab itu diberikan susulan dua pemain senior iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad sah tidak sempat pulih daripada keced3raan hamstr!ng yang dialami ketika men3ntang Vietnam, Ahad lalu.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe berkata, keputusan berat itu terpaksa dibuat selepas beliau mendapatkan pengesahan daripada pegawai pervbatan yang Aidil dan Shahrul perlukan direhatkan untuk tempoh lebih lama.

Jelasnya, kehilangan dua ‘kereta k3bal’ itu cukup dirasai namun beliau yakin Cools, 25, dan Dominic, 24, mampu mengisi kekosongan itu.

Ujarnya lagi, Cools yang akan tiba di sini pada Khamis ini, harus segera mencari keserasian bersama Dominic dengan sasaran pasukan adalah membvru tiga mata bagi membolehkan pasukan mara ke separuh akhir dari Kumpulan B.

Memang kita rasa kehilangan kedua-dua tonggak utama Aidil dan Shahrel beri kesan yang banyak kepada pasukan kerana kedua-duanya menjadi tonggak utama kepada skuad negara dalam beberapa siri kebelakangan ini.

Sudah tentu kita harap Cools dan Dominic dapat bergabung dengan baik dan kita harap Cools ini dapat beri sesuatu kepada pasukan dari segi pengalaman dia.

“Kita nampak dia (Cools) boleh membantu setiap sudut dalam pasukan, dan terutama sekali situasi sekarang kita kehilangan ramai tonggak, dan harap sesiapapun (pemain) yang diturunkan atau simpanan bersedia dengan situasi semasa,” katanya.

Malaysia wajib menang ke atas skuad Garuda selepas memungut enam mata daripada tiga aksi.

Skuad negara yang juga naib juara edisi lalu memulakan kempen dengan bergaya apabila mel3dak tujuh gol dalam dua aksi dengan menewaskan Kemboja 3-1 dan Laos 4-0.

sumber:- BH

Begitupun rentak cemerlang itu dihentikan oleh Vietnam yang menewaskan pa