Skuad JDT tidak menunggu lama untuk memantapkan skuad untuk terus menguasai musim tahun 2022 .Menurut satu perkongsian dari laman rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang dalam rundingan untuk menandatangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara bagi musim 2022. Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

Hong Wan, bekas pemain Wolverhampton Wanderers telah menerima pasport Malaysia beliau dan akan memperkuatkan skuad JDT 2022.

Kelab telah memutuskan untuk melepaskan Gonzalo Cabrera dan akan mengekalkan kesemua pemain luar negara yang lain dalam pasukan senior. Seorang daripada empat pemain luar negara baru akan digandingkan dengan Bergson manakala yang lain akan diserapkan ke JDT II untuk digunakan dalam sistem ‘rotation’.

JDT turut akan meminjamkan Irfan Fazail dan Stuart Wilkins ke Sabah, Fadhli Shas dan Syazwan Andik ke Melaka United dan kini sedang berbincang dengan beberapa kelab untuk meminjamkan Syafiq Ahmad.

JDT juga akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi. Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang.

sumber:- Facebook JDT

Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim