Sukan

Ronaldo dan Messi akhirnya bertemu

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan meneruskan permvsuhan mereka pada saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas Manchester United dan Paris Saint-Germain bakal bert3mbung dalam undian kelompok 16 terakhir yang diadakan hari ini.

Undian turut menyaksikan bekas juara enam kali, Bayern Munich akan berdepan juara Sepanyol, Atletico Madrid dalam satu lagi perlawanan yang turut mencuri tumpuan.

Sementara pendahulu pencabar kejuaraan Inggeris, Manchester City, Liverpool dan penyandang juara, Chelsea dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatasi lawan mereka.

United dan PSG akan membuat perhitungan kali ketiga dalam empat musim dengan kelab Perancis itu beraksi di laman sendiri pada perlawanan pertama Februari depan selepas menduduki tempat kedua di belakang City dalam Kumpulan A.

PSG yang menandatangani pemenang Ballon d’Or berusia 34 tahun dari Barcelona pada Ogos, sejurus selepas Ronaldo kembali menyertai kelab lamanya di Old Trafford dari Juventus.

Lima daripada enam jaringan Messi buat PSG setakat ini hadir dalam Liga Juara-Juara, sementara Ronaldo mel3dak 13 gol musim ini untuk United dengan enam gol di saingan Eropah.

Ronaldo akan menjangkau usia 37 tahun pada awal Februari depan. Dia meledak dua gol apabila Juventus menewaskan Barcelona, 3-0 di tempat lawan yang ketika itu diketuai Messi dalam saingan peringkat kumpulan musim lalu.

Kemenangan paling diingati United yang menewaskan PSG dalam kelompok 16 terakhir adalah pada 2018/19 pada permulaan musim Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih sebagai pengendali pasukan itu, Red Devils bangkit daripada ketinggalan 0-2 pada perlawanan pertama sebelum mencatat kemenangan 3-1 pada aksi timbal balik dan mara ke peringkat seterusnya menerusi penalti lewat yang disempurnakan Marcus Rashford.

Kedua-dua kelab turut bersaing pada peringkat kumpulan musim lalu dengan pasukan yang beraksi di tempat lawan menang pada setiap perlawanan.

sumber:- HM

Skuad kendalian Pep Guardiola, City pula berdepan Villarreal, penyandang juara Chelsea akan men3ntang juara Perancis, Lille sementara juara 2019, Liverpool berdepan RB Salzburg.