Sukan

Malaysia hilang dua lagi pemain

Dua ‘kereta k3bal’ skuad negara iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad disahkan mengalami kec3deraan hamstr!ng yang kemungkinan terlepas aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF men3ntang Indonesia, di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.

Jelas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, beliau masih memiliki beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan di benteng pasukan itu seandainya kedua-duanya tidak sempat pvlih sebelum pert3mbungan hidup mati itu.

Katanya lagi, tahap kec3deraan mereka akan dipantau pegawai perubatan pasukan dan beliau berharap kedua-duanya sempat pulih.

“DoktorĀ  pasukan akan terus memantau tahap kec3deraan kedua-dua pemain ini dari semasa ke semasa sebelum kita membuat penilaian sama ada mereka sempat atau tidak untuk pvlih menjelang perlawanan men3ntang Indonesia nanti,” katanya.

Dua pemain yang dilihat mampu memikul tanggungjawab itu adalah Dominic Tan dan seorang lagi pemain kacukan, Dion Cools yang bakal tiba di sini pada Khamis ini.

Bagi posisi pertahanan tengah ini, kita masih memiliki Dominic Tan yang bebas daripada sebarang kecederaan manakala Junior Eldstal masih dalam proses pemvlihan kec3deraan otot di bahagian abdomen.

“Namun, kita bakal memiliki Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura untuk mengisi posisi pertahanan tengah ini andai Aidil dan Shahrul tidak sempat pulih menjelang perlawanan Ahad nanti,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Untuk rekod, skuad negara hadir ke Singapura dengan misi melangkah ke final sekali gus mengulangi pencapaian edisi lalu apabila muncul naib juara di belakang Vietnam selepas tewas 2-3 secara agregat.

sumber:- HM

Selepas mengharungi tiga aksi peringkat Kumpulan B, Malaysia kini menghuni tangga ketiga dengan enam mata selepas merakam dua kemenangan ke atas Kemboja dan Laos, sebelum tewas kepada Vietnam.