Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau perkembangan kesihatan atlet negara yang beraksi di luar negara, terutama ketika dunia masih bergelut dengan anc@man pand3mik C0VID-19.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ketika ini atlet yang menyertai kejohanan di luar negara adalah pasukan bola sepak kebangsaan di Singapura serta pasukan hoki wanita yang berada di Bangladesh.

Kita bukan sahaja memantau keadaan pemain bola sepak yang kini berada di Singapura, malah turut memantau keadaan pemain hoki wanita yang berada di Bangladesh.

“Setakat ini, bagi pemain bola sepak yang dijangkiti C0VID-19, mereka dalam keadaan baik dan bukan di tahap krit!kal. Kita harap kesihatan pemain yang lain dalam keadaan baik dan tidak terjangk!t dengan rakan lain,” katanya.

Memberitahu demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta Program Kayuhlasak Shahpadu di Putrajaya hari ini, Ahmad Faizal optimis dengan kemampuan Harimau Malaya mengekalkan kemenangan ketika men3ntang Vietnam dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2020 malam ini.

Ini satu perlawanan yang amat sukar, tetapi saya harap Malaysia akan turun dengan semangat dan kekalkan momentum kemenangan seperti perlawanan sebelum ini.

“Walaupun ada beberapa pemain tidak dapat diturunkan termasuk pemain tonggak, saya yakin pasukan yang telah disiapkan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe ini bersedia untuk mengatasi Vietnam, seterusnya mara ke perlawanan seterusnya,” katanya.

Khamis lalu, striker lincah, Akhyar Rashid dan pemain pertahanan, Quentin Cheng didapati p0sitif C0VID-19, menyaksikan keseluruhan empat anak buah Cheng Hoe dijangk!ti virvs berkenaan selepas penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Faisal Halim.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika dihubungi BH Sukan sebelum ini, menjelaskan Akhyar dan Quentin menjalani kuarant!n 10 hari dan sekiranya ujian saringan yang dilakukan setiap hari menghasilkan keputusan negatif, pasukan boleh memohon untuk mereka kembali berada menyertai kem.

Khamis lalu, Cheng Hoe mengesahkan pemain sayap lincah yang menyerlah pada perlawanan pertama Piala AFF men3ntang Kemboja, Akhyar Rashid didapati p0sitif C0VID-19 selepas ujian cal!tan dilakukan.

Terdahulu sebelum itu, tiga pemain negara terpaksa diketepikan dan meninggalkan pasukan dengan hanya 21 daripada 24 pemain yang dibawa ke kempen kali ini.

sumber:- HM

Ia selepas pasukan kehilangan penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan pemain tengah, Faisal Halim yang juga didapati p0sitif C0VID-19, selain Junior Eldstal yang mengalami kec3deraan di bahagian perut.