Sukan

Park Hang-Seo bimbang dengan Malaysia

PENGENDALI Vietnam Park Hang-Seo meminta skuad kendaliannya itu untuk memberikan fokus untuk mencatatkan kemenangan ketika berdepan Harimau Malaya pada aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan pada Ahad.

Menurutnya, skuad Naga Emas itu juga diingatkan supaya tidak terlalu memberikan fokus kepada percaturan taktikal sebaliknya memastikan misi tiga mata ke atas Harimau Malaya berjaya direalisasikan.

Bagi kita, apa yang penting adalah keputusan perlawanan. Oleh itu, kita perlu memberikan fokus bagaimana untuk kita memenangi perlawanan berkenaan dan walaupun dijangka Malaysia akan bermain secara meny3rang, namun kita akan lihat lebih dahulu corak permainan Malaysia.

Selain itu, apa juga keputusan terdahulu sudah pun berlalu dan kita perlu berikan fokus pada perlawanan esok (Ahad) dan setakat ini persiapan pasukan kita adalah normal dengan kita akan cuba sebaik mungkin bagi memperoleh keputusan yang positif.

“Lagi pun Malaysia adalah pasukan kuat dan setelah beraksi di kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun lalu, banyak perubahan yang telah dilakukan; cuma yang menjadi masalah bagi kita adalah mentaliti pemain kita sendiri menjelang pertemuan dengan Malaysia,” katanya pada sidang media dalam talian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Sang-Heo berkata, permohonan skuad negara untuk mendapatkan pemain pengganti berikutan kes p0sitif C0vid-19 yang berlaku kepada pemain negara ketika ini sebagai satu tindakan yang tidak adil buat semua pasukan.

Katanya, pihak AFF telah pun membenarkan setiap pasukan mendaftar dan membawa seramai 30 pemain kali ini, tetapi skuad negara membuat keputusan hanya untuk membawa 24 pemain.

“Bagi saya, permohonan ini tidak adil buat semua pasukan. Ia juga tidak sesuai pada ketika ini kerana penganjur (AFF) sudah pun memberikan kebenaran untuk bawa 30 pemain; tetapi, kenapa hanya bawa 24 pemain sahaja? Kami juga mahu membawa pemain tetapi tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, penolong kapten Vietnam, Luong Xuong Truong berharap agar benteng pertahanan skuad Naga Emas itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik bagi mengekang jentera serangan Harimau Malaya.

Katanya, dengan rekod enam gol yang dihasilkan daripada dua perlawanan awal setakat ini, jentera s3rangan skuad negara dilihat mampu memberikan anc@man besar dan mengundang padah kepada pasukan.

Kita semua tahu bagaimana Malaysia bermain dalam dua perlawanan awal sebelum ini di mana mereka telah menjaringkan enam gol dan itu menyebabkan kita perlu mengukuhkan benteng pertahanan kita.

sumber:- SH

“Sudah pasti kita tidak akan dedahkan bagaimana kita akan bermain, tetapi salah satunya, kita akan bermain dengan cara s3rangan balas (counter attack), dan ia merupakan salah satu cara bagaimana untuk kita tewaskan Malaysia,” katanya.