Sukan

Mara ke final satu bonus untuk Malaysia

Sekiranya skuad Harimau Malaya yang ketika ini ‘rongak’ dengan kehilangan beberapa tonggak susulan C0VID-19 berjaya mara ke final Piala Suzuki AFF 2020, pencapaian itu boleh dianggap lulus dengan cemerlang.

Itu pandangan pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa selepas melihat pelbagai dugaan yang dihadapi skuad kebangsaan bermula daripada persiapan ala kadar sehinggalah kehilangan pemain susulan ‘s3rangan’ C0VID-19 dalam pasukan.

Memang kita mahukan skuad kebangsaan jadi juara Piala Suzuki AFF 2020 tetapi kita perlu juga mempertimbangkan beberapa perkara yang sedang dilalui ketika ini. Kita tahu mengenai persiapan yang dilakukan serta isu skuad kecil yang dibawa.

Tetapi saya yakin dengan sumber yang ada ketika ini, barisan kejurulatihan ada cara untuk menggunakan pemain secara optimum dengan merencana perancangan yang sebaiknya terutama untuk dua aksi sukar di peringkat kumpulan.

Apapun, kita perlu melihat dua keputusan perlawanan penting berdepan Vietnam dan Indonesia kerana ini adalah penentu untuk pasukan kebangsaan mengesahkan slot ke separuh akhir.

“Cuma dengan pelbagai isu yang melanda mereka ketika ini, saya rasakan sekiranya mereka dapat pergi jauh sehingga ke final, itu boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang terbaik,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya mengutip enam mata menerusi kemenangan ke atas Kemboja dan Laos pada kempen di Singapura itu.

Namun mereka berdepan ujian sebenar apabila akan men3ntang juara bertahan, Vietnam disusuli seteru tradisi, Indonesia dengan hanya dua tiket ke separuh akhir ditawarkan untuk direbut dalam Kumpulan B.

sumber:- BH

Pada edisi 2018, skuad negara hanya selangkah untuk bergelar ‘raja bolasepak ASEAN’ buat kali kedua, namun dikecewakan Vietnam di pentas akhir menerusi agregat 2-3.