Sukan

Kekalahan bermakna untuk Malaysia

Tiga kekalahan berturut-turut yang dihadiahkan Vietnam sebelum ini jelas memberi pengajaran berguna buat Malaysia dalam usaha merencana ‘resepi’ lebih berkesan menjelang aksi peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura, malam esok.

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menjelaskan barisan kejurulatihan sudah ‘masak’ dengan situasi itu sekali gus memiliki strategi untuk memerangkap juara bertahan berkenaan.

Jelasnya, dua kemenangan ke atas Kemboja dan Laos pasti memberikan tonik terbaik buat anak buahnya dan meskipun sedar Vietnam turun dengan kelebihan itu tidak bermakna barisan pemain negara tidak mampu mengejutkan skuad Naga Emas itu.

Kita tahu Vietnam berada pada tahap tersendiri dan kita tidak beroleh keputusan positif men3ntang mereka sebelum ini. Dengan apa yang kita ada, kita perlu teruskan kerana jangkaaan yang sangat tinggi diletakkan.

Vietnam bermain dengan cara mereka sendiri, pertahanan yang mantap dan kerjasama berpasukan yang baik. Analisis kita pun mendapati banyak pemain mereka meningkat secara teknikal dan taktikal.

Kita perlu fokus pada transisi daripada menyerang ke bertahan. Apa yang penting adalah pemain kekal fokus dan tidak dibolosi daripada kesilapan individu.

Dengan momentum yang kita ada ketika ini, kita harus bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan. Pemain perlu menikmati setiap perlawanan kerana dengan itu ia dapat meningkatkan keyakinan pasukan,” katanya pada sidang media pra perlawanan secara dalam talian, hari ini.

Dalam masa sama, Cheng Hoe juga percaya setiap mata amat penting dalam misi mereka melayakkan diri ke separuh akhir apatah lagi enam mata masih lagi boleh direbut daripada baki dua perlawanan men3ntang Vietnam dan Indonesia.

Untuk melayakkan diri ke separuh akhir, sudah tentu setiap mata amat penting. Jadi kita memerlukan keputusan yang positif (men3ntang Vietnam).

sumber:- BH

“Kita juga perlu sentiasa positif dan terapkan dalam minda masing masing bahawa kita akan turun untuk menunjukkan kemampuan kita,” katanya.