Sukan

Vietnam memang kuat — Syahmi

Tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Syahmi Safari menegaskan skuad Harimau Malaya perlu berwaspada dengan s3rangan pantas Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura, Ahad ini.

Mengakui skuad Naga Emas pasukan yang kuat, Syahmi bagaimanapun optimis pasukan kebangsaan boleh meraih keputusan positif sekiranya mempamerkan disiplin tinggi ketika bertahan dan menyerang.

Katanya, dia dan rakan sepasukan yang lain juga perlu mengelak melakukan kesilapan mudah yang boleh menyebabkan gawang pasukan kebangsaan dibolosi anak buah Park Hang-seo.

Memang betul halangan terbesar kita adalah Vietnam dan Indonesia. Kita kena fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dan kali ini kita kena tumpu pada Vietnam dulu yang mana kita perlu tingkatkan dari segi hantaran dan mengelak melakukan kesilapan mudah.

“Kita sudah jumpa Vietnam banyak kali dari Piala AFF 2018. Kelayakan Piala Dunia pun kita jumpa mereka juga, saya rasa taktikal mereka tak berubah banyak. Mereka sangat laju ketika meny3rang. Apa yang penting kita semua kena ambil benda ini serius dan lebih berdisplin,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan teratas kumpulan selepas mengumpul enam mata hasil kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dan menundukkan Laos 4-0. Selepas Vietnam, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan mengharungi satu lagi halangan getir berdepan Indonesia pada 19 Disember ini.

Selain itu, Syahmi turut menjelaskan dia tiada masalah beraksi bersama pemain sayap, Arif Aiman Hanapi di bahagian kiri susulan ketiadaan Akhyar Rashid yang dijangkit! C0VD-19.

sumber:- BH

“Semua dalam keadaan baik sebab Akhyar dan Arif Aiman ada tugas masing-masing. Saya sebagai pertahanan perlu berkomunikasi dan membantu dari belakang. Jadi tiada beza (beraksi bersama Akhyar atau Arif Aiman),” katanya.