Sukan

Shahrul Saad mungkin jadi striker

KEMAMPUAN pemain pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad menjaringkan gol pada aksi berdepan Laos pada Khamis dilihat mula menimbulkan persoalan mengenai keserasiannya untuk beraksi di posisi striker suatu hari nanti.

Mengulas lanjut, pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berkenaan berdasarkan kepada prestasi cemerlangnya selama beraksi dengan skuad negara.

 

Bagaimanapun menurut Cheng Hoe, setakat ini Shahrul dilihat beraksi dengan baik selaku pemain pertahanan skuad negara dan berjaya mengemudi benteng pertahanan negara dengan cemerlang.

Bagi saya, Shahrul adalah seorang pemain pertahanan yang baik dan sejak beberapa tahun ini dia sememangnya berada pada tahap prestasi yang terbaik.

“Bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan kerana jika kita rasa kita perlukan dia untuk beraksi di posisi berkenaan (3erangan).

“Lagi pun, dia memiliki sikap yang baik dan berkemungkinan dia mampu melaksanakan tugas di posisi berkenaan (serangan) kelak,” katanya.

Untuk rekod, Shahrul menjaringkan gol ketiga negara pada minit ke-78 ketika berdepan Laos bagi aksi kedua Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, pada Khamis.

sumber:- SH

Sebelum ini Shahrul turut menjaringkan gol pada aksi final AFF edisi 2018 lalu ketika berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil.