Sukan

Faktor Utama Tolak TFC dan Pilih KDA FC

Tonggak baru Kedah Darul Aman, Al Hafiz Harun, menjadikan faktor keluarga sebagai keutamaannya ketika ini apabila mengakui terpaksa menolak tawaran Terengganu.

Masalah jantung yang dihadapi ibunya membuatkan anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu memilih Lang Merah sebagai destinasi musim depan.
Saya juga mendapat tawaran daripada sebuah kelab gergasi Pantai Timur, Terengganu, tapi terpaksa menolaknya disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi orang tua saya.

“Keluarga menjadi keutamaan saya ketika ini hingga terpaksa menolak tawaran daripada Terengganu,” katanya di Nadi Arena malam tadi.
Tambah ‘Awang’, dia yakin mampu membuktikan kredibilitinya bersama skuad Hijau Kuning selepas tiga musim bersama Penang, lebih-lebih membantu kelab jiran itu meraih tangga ketiga Liga Super musim lalu.

Saya tidak boleh janjikan sebarang kejayaan, tapi saya janji akan buat sebaik mungkin pasukan, peminat Kedah dalam Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC.

sumber:- astro arena

“Ini kali pertama saya kembali ke Kedah yang akan dibarisi pemain muda.”Ia pasti akan mengambil sedikit masa untuk mencipta keserasian tapi saya dan rakan-rakan akan buat sebaik mungkin,” katanya lagi.