Sukan

Rembatan padu Safawi nyaris sebabkan pemain pengsan

Semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan pemain negara, Safawi Rasid mendapat pujian penyokong Harimau Malaya yang berada di Stadium Bishan, di sini.

Ia susulan r3mbatan padu kaki kiri Safawi tepat menemui muka pemain pertahanan Laos yang kemudiannya rebah ekoran sepakan pemain sayap Johor Darul Ta’zim itu.

Apa yang menarik perhatian apabila Safawi turut membantu pemain Laos itu dengan memberi bantuan awal sebelum pegawai perubatan Laos masuk ke padang.

Selepas mendapatkan rawatan, ‘m@ngsa’ rembatan padu Safawi itu bangkit kembali untuk meneruskan aksi dengan Malaysia menamatkan saingan 4-0.

Safawi sendiri mel3dak hatrik masing-masing pada minit keenam, 34 dan 80, manakala satu lagi gol disumbangkan tonggak pertahanan negara, Shahrul Saad untuk melengkapkan malam gemilang pasukan negara.

sumber:- HM

Dengan tiga gol yang dicetak Safawi, dia kini adalah pendahulu penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol selepas turut menemui jaring ketika aksi pertama men3ntang Kemboja menerusi kemenangan 3-1 Isnin lalu.