Sukan

Akhyar Rashid direhatkan

Adakah Akhyar Rashid disimpan untuk aksi men3ntang Vietnam nanti? Itu persoalan yang timbul selepas senarai kesebelasan utama dikeluarkan sebentar tadi menyaksikan nama pemain sayap lincah negara itu tidak kelihatan dalam pasukan termasuk di bangku simpanan untuk aksi kedua men3ntang Laos di Stadium Bishan petang ini.
Akhyar, 22, antara pemain negara paling menyerlah ketika men3ntang Kemboja pada Isnin lalu, di mana pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mel3dak satu gol menerusi kemenangan 3-1.

Malah, Akhyar turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu. Bagaimanapun, hasil tinjauan Arena Metro di venue ini, kelibat tonggak kelahiran Alor Setar, Kedah itu ada bersama-sama rakan sepasukan yang lain ketika sesi memanaskan badan.

Malah, adik kepada bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan yang membuatkan namanya disisihkan oleh pengendali negara Tan Cheng Hoe.

sumber: HM

Mungkin ini percaturan Cheng Hoe yang merehatkan Akhyar sekali gus menjadi s3njata rahs!a Harimau Malaya.