Sukan

De Paula hiburkan diri sendiri

Krit!kan demi kritIkan diterima pemain naturalisasi, Guilherme De Paula sejak dia menyarung jersi Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lalu.

Malah, krit!kan dan k3caman yang diterima pemain berusia 35 tahun itu masih berterusan sehingga ke saingan Piala AFF 2020 yang sedang berlangsung di Singapura ketika ini.

Lebih teruk apabila ada dalam kalangan penyokong yang bertindak melampaui batas apabila meny3rang laman sosial peribadi De Paula yang mana ia pasti memberi kesan atau tekanan buat pemain itu.

Pemain kelahiran Brazil itu turut meluahkan rasa sedih di laman Instagram miliknya kelmarin susulan krit!kan dan k3caman yang dilemparkan ke atas dirinya.

Sukar apabila tiada siapa yang menyokong anda. Apabila tiada yang bertepuk tangan untuk anda. Itulah sebabnya anda perlu menjadi peminat besar anda sendiri.

“Anda perlu menyokong diri anda. Anda benar-benar perlu percaya pada diri sendiri apabila tidak ada orang lain yang percaya,” tulisnya di InstaStory.

Aksi De Paula yang membaling botol minuman selepas digantikan dengan Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-65 ketika berdepan Kemboja, Isnin lalu turut dik3cam segelintir peminat.

sumber:- HM

Namun, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tampil menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukannya bukan kerana tidak berpuas dengan jurulatih Tan Cheng Hoe atau rakan sepasukan, sebaliknya kecewa dengan persembahan sendiri walaupun sudah berusaha 100 peratus di atas padang.