Sukan

Reaksi Cheng Hoe mengenai tindakan De Paula

Striker naturalisasi negara, Guilherme de Paula sekali lagi mencuri tumpuan apabila dikatakan kecewa ketika digantikan dalam aksi pembukaan Piala Suzuki AFF men3ntang Kemboja semalam.

Striker berusia 35 tahun dari Brazil itu dikatakan dirakam membaling botol ke arah bangku simpanan sebaik dikeluarkan oleh pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe.

Aksi itu dirakam media antarabangsa yang turut melaporkan De Paula sempat menjeling ke arah penyokong Malaysia yang hadir ke Stadium Bishan untuk memberikan sokongan dan turut memberikan tepukan atas sumbangannya di atas padang.

Ketika diminta mengulas tentang insid3n itu, Cheng Hoe mengharapkan de Paula dapat terus bersabar dan kembali fokus untuk mengharungi aksi seterusnya berdepan Laos, esok.

Sebagai jurulatih, saya akan uruskan perkara ini. Mungkin dia rasa kecewa selepas tidak menjaringkan gol kerana kita tahu dia sentiasa komited dan memberikan yang terbaik pada sesi latihan.

Tetapi saya yakin dia cukup matang untuk kendalikan situasi seperti ini. Saya harap dia akan terus bermotivasi dan memberikan contoh yang terbaik pada pasukan.

“Saya percaya dia akan bersedia untuk aksi seterusnya,” kata Cheng Hoe.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B berkenaan, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melakukan beberapa percubaan namun tuah tidak memihak apabila berjaya dihalang pertahanan ataupun diselamatkan penjaga gol Kemboja, Keo Soksela.

sumber:- HM

Bagaimanapun, pemain tempatan menyelamatkan keadaan apabila jaringan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan R Kogileswaran memastikan skuad negara membuka kempen kali ini dengan kemenangan 3-1.