Pelik bin ajaib namun itulah yang berlaku pada aksi Kumpulan B Piala AFF antara Malaysia dan Kemboja apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada anak buah Ryu Hirose di hujung permainan.
Pengadil dari Arab Saudi, Alhunfush Shukri Hussain memberi sepakan penalti kepada Kemboja pada minit ke-88 meskipun ulang tayang di televisyen dengan jelas menunjukkan lonjakan kaki penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak terlalu b@haya.

Malah, ia sebenarnya rutin biasa seorang penjaga gol ketika menangkap bola tinggi di udara.

Pemain Kemboja yang datang ke arah Khairul Fahmi dengan sengaja mel@nggar pemain baharu Sabah FC itu dan akhirnya lawan pula diberikan sepakan penalti.

Paling mengecewakan, Alhunfush turut melayangkan kad kuning kepada penjaga gol negara itu yang terpinga-pinga dengan keputusan pengadil itu.

Keputusan itu mungkin agak pelik dan sedikit menimbulkan kontroversi namun sepakan penalti yang diambil Sath Rosib masih tidak mampu menghalang skuad negara pulang dengan tiga mata penuh apabila mudah melakar kemenangan 3-1.

sumber:- HM

Selepas ini, skuad negara akan turun men3ntang Laos, Khamis ini yang dijadual berlangsung di Stadium Bishan, Singapura.