Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menerima tamparan hebat menjelang aksi pertama Piala AFF berdepan Kemboja di Stadium Bishan, Singapura, esok selepas dua tonggak Harimau Malaya p0sitif C0V!D-19.

Dua pemain berkenaan adalah penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Faisal Halim dengan kedua-duanya kini sedang menjalani proses kuarant!n selama 10 hari.

Perkembangan itu disahkan pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menjelaskan semua pemain lain berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk pertembungan dengan Kemboja.

Ketiadaan Faisal dan Khairulazhan atau lebih dikenali sebagai Yan pasti mer3ncatkan sedikit perancangan Cheng Hoe untuk berdepan Kemboja dengan kedua-duanya boleh dianggap sebagai tonggak utama Harimau Malaya.

sumber:- BH

Terdahulu, heboh di media sosial bahawa dua pemain Malaysia dan seorang pemain Myanmar dilaporkan positif C0VID-19.