Sukan

De Paula sudah berubah

Walaupun tidak diletakkan harapan tinggi dan pernah dikritik hebat, sentuhan daripada Guilherme De Paula tetap ditagih untuk aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 berdepan Kemboja di Stadium Bishan, Singapura, esok.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe juga mengharapkan impak yang positif daripada pemain naturalisasi ketiga negara itu dalam membantu pasukan mendapatkan kemenangan sulung dan tiga mata penting dalam kejohanan ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu.

Malah, bekas pengendali Kedah itu juga percaya bahawa De Paula sudah matang dalam menyerap pelbagai tekanan yang diberikan terutama selepas dilihat sentiasa menjadi bahan kritikan sebahagian penyokong Harimau Malaya sebelum ini.

Kita lihat dalam latihan dia (De Paula) bersungguh-sungguh dan memiliki keyakinan tinggi. Kita harap dia boleh beri sesuatu atau menjaringkan gol dan memberi impak yang terbaik untuk pasukan.

“Tapi bukan sahaja De Paula, keseluruhan pemain yang diturunkan juga diharap dapat memberi persembahan yang terbaik,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya, hari ini.

Berdasarkan rekod, De Paula hanya mel3dak satu gol menerusi sepakan penalti ketika Harimau Malaya tewas 1-2 di tangan Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia, Jun lalu selain mel3dak satu gol dalam perlawanan latihan men3ntang Kuwait yang mana skuad negara tumpas 1-4.

Pemain kelahiran Brazil itu mempunyai rekod buruk di mata penyokong Harimau Malaya dengan ada yang mencadang Cheng Hoe tidak menyenaraikannya lagi untuk tugasan bersama skuad negara.

Justeru, kempen Piala Suzuki AFF ini harus menjadi medan untuk dia menutup mulut pengkritik terutama kejohanan ini membabitkan aksi lebih seimbang apabila hanya berdepan pasukan dari Asia Tenggara.

Selain itu, Cheng Hoe tampak tidak cemas dengan kelibat striker Kemboja, Chan Vathanaka yang mungkin mengetahui sedikit sebanyak ‘rahsia’ Harimau Malaya kerana pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

sumber:- BH

“Kita tahu Vathanaka pernah bermain di Liga M, tapi kita tidak boleh fokus dia seorang dan kita perlu lihat beberapa pemain muda mereka yang boleh beri kami masalah,” katanya.