Sukan

Pembatalan terpaksa di buat

WARGA kota terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC yang menjuarai Piala Malaysia 2021, apabila perarakan kemenangan dibatalkan atas faktor keselamatan dan k3sihatan orang ramai.

Presiden KL City FC, Tan Sri Annuar Musa yang akur dengan pembatalan acara itu berkata aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal tidak sesuai dilakukan, ketika pand3mik C0vid-19 masih melanda negara ketika ini.

Dukacita dimaklumkan, ‘Victory Parade KL City’ esok terpaksa dibatalkan.

Keselamatan dan kesihatan penyokong KL City dan warga kota kita utamakan,” kata Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam ciapan di laman Twitternya malam ini.

Terdahulu hari ini, Annuar memaklumkan perarakan itu dianjurkan untuk membolehkan warga kota melihat secara lebih dekat piala tersebut dan pemain pasukan bola sepak kelab berkenaan yang muncul juara pada ulang tahun ke-100 kejohanan bola sepak berprestij itu.

Perarakan tersebut dijadual bermula di Dataran Merdeka sekitar 4.45 petang esok dan akan melewati Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Campbell, Jalan Raja Laut, Kampung Baru, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Bangunan KLCC, Menara KL, sekitar Bukit Bintang dan seterusnya berhenti di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

sumber:- HM

Dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Selasa lepas, KL City FC mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0, sekali gus menamatkan penantian 32 tahun untuk merangkul kejuaraan piala berprestij itu.