Ketika kerancakan final Piala Malaysia 2021 masih terasa selepas Kuala Lumpur City (KL City) menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0, Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak ketinggalan mahu menumpang kehangatan aksi berkenaan.
Kedah tewas 1-0 secara agregat di tangan JDT pada aksi suku akhir, namun tumpuan lebih diberikan kepada kehangatan orang kuat kedua-dua pasukan berkenaan – Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berbalas kenyataan di media sosial seperti pengguna media sosial lain.
Kali ini Sanusi sekali lagi menjemput Tunku Ismail untuk “pep3rangan ala netizen” apabila memuat naik status berbunyi: “TAHNIAH KL CITY… Saya dan jutaan peminat bolasepak tumpang gembira. Sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu?”
Belum ada kenyataan balas daripada Tunku Ismail tetapi alangkah baiknya jika tumpuan peminat bola sepak hanya terarah kepada kejayaan Bojan Hodak membimbing KL City mengejutkan JDT pada aksi berkenaan.
Kebanyakan peminat bola sepak tanah air sudah muak dengan publisiti murahan individu yang cuba meraih populariti dengan kata-kata sinis terhadap satu sama lain yang langsung tidak menaikkan mutu bola sepak negara.
sumber:- BH
Adakala diam itu lebih baik.