Sukan

Indra Putra Mahu lakar Sejarah lagi

Selepas muncul pemain pertama mel3dak 100 gol dalam kancah Liga Super pada 2019, striker berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin, mengharapkan tuah Kuala Lumpur City FC untuk mengecap satu lagi kejayaan bermakna dalam kariernya.

Kejuaraan Piala Malaysia pada edisi ke-100 menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai penghalang terakhir The City Boys di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Ini merupakan final yang kelapan bagi saya dan tiada siapa yang menyangka KL City berjaya melangkah ke peringkat kali ini. Semestinya bukan perjalanan yang mudah untuk ke tahap ini,” kata Indra.

“Final yang paling saya kenang adalah ketika bersama Kelantan bertemu ATM pada 2012. Saya menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan dan itu merupakan saat paling manis bagi saya beraksi di pentas final Piala Malaysia.”

sumber:- astro arena

Berbincang mengenai masa depannya, Indra berkata, “Saya meletakkan sasaran untuk terus beraksi untuk setahun lagi. Itu adalah perancangan buat masa ini.”