Sukan

Baddrol Bakhtiar mahukan lagi

Tonggak berpengalaman, Baddrol Bakhtiar tidak mengganggap beraksi di posisi tengah sebagai halangan untuknya menjaringkan gol apabila bersaing di saingan Piala AFF, di Singapura bermula 5 Disember ini.

Baddrol, 33, yang sudah merekodkan lima gol dalam 58 penampilannya bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa mahu mel3dak lebih banyak gol seperti mana yang dibuktikannya dalam kempen Liga Super musim ini.

Untuk rekod, pemain tengah Kedah Darul Aman FC itu berjaya mel3dak tujuh gol untuk muncul sebagai penjaring terbanyak pemain tempatan dalam kelompok 10 penjaring yang didominasi oleh sembilan striker import.

Sasaran saya adalah menjaringkan gol dan bagi sebaik mungkin kepada pasukan. Tetapi yang penting sekali kami perlu menang satu-satu perlawanan dan layak ke separuh akhir.

“Insya-Allah kalau rezeki ada pada Malaysia tak mustahil kita ke final,” katanya yang dikaitkan dengan perpindahan ke Sabah FC musim depan selepas menabur bakti di Kedah sejak 2005.

Mengulas mengenai persiapan pasukan ketika ini, Baddrol mengakui skuad yang disenaraikan pengendali negara, Tan Cheng Hoe adalah yang terbaik berdasarkan kepada prestasi dalam liga tempatan.

Saya melihat panggilan kali ini, senarai pemain yang dipanggil memang persaingannya begitu sengit. Bagi saya untuk berada dalam senarai akhir atau skuad utama pun akan berlaku saingan sengit.

“Bagi saya skuad kali ini adalah skuad terbaik dan sesiapa yang dipanggil ke skuad kebangsaan merupakan pemain terbaik di Liga-M ketika ini,” katanya yang kali terakhir beraksi di Piala AFF pada edisi 2016 lalu.

Skuad negara yang muncul naib juara pada edisi lalu diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Aksi pertama Malaysia adalah berdepan Kemboja pada 6 Disember ini yang dijadual berlangsung di Stadium Bishan sebelum turun men3ntang Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember) di aksi terakhir kumpulan.

sumber:- HM

Juara dan naib juara akan layak ke separuh akhir untuk mencari tiket ke pentas final di mana skuad kebangsaan diletakkan sasaran untuk sekali lagi beraksi di perlawanan akhir sekaligus cuba merebut tofi yang kali terakhir dimenangi pada 2010 lalu.