Sukan

Status Aidil serta hala tuju akhirnya terjawab

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menarik nafas lega apabila ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak kekal sekali gus meneruskan tugasnya bersama pasukan pada musim depan.

Status Aidil serta hala tuju jurulatih kelahiran Singapura ini di Kedah pada musim depan mula dinantikan penyokong sebaik pengurusan KDA FC sudah memaklumkan untuk menawarkan tempat buatnya bagi menerajui pasukan pada musim depan.

Namun beliau yang pulang ke Singapura baru-baru ini dalam tempoh cuti menimbulkan sedikit keresahan sama ada akan pulang kembali ke Kedah bagi meneruskan tugasan penting buat pasukan dalam persiapan untuk musim depan.

Alhamdulillah…terima kasih diatas sokongan semua pihak yang diberikan kepada saya selama ini.

Ya, saya akan terus kekal bersama pasukan KDA FC pada musim depan.

“Faktor utama yang membuat saya mahu terus kekal adalah disebabkan pemain, pengurusan dan juga seluruh penyokong Kedah,” katanya.

Aidil mula membimbing Kedah pada musim 2019 dan mengikat kontrak bersama skuad Hijau Kuning selama dua tahun, selepas kekosongan jawatan ketua jurulatih yang diisi oleh Nidzam Adzha dari April 2018 sehingga Ogos 2018 dan kemudian dipangku oleh Azzmi Aziz sehingga Oktober tahun berkenaan.

Kewibawaan Aidil jelas terbukti selepas beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan kejayaan buat Kedah.

sumber:- HM

Sebaik menggalas tugas utama kejurulatihan itu, beliau berjaya membawa Kedah ke kemuncak saingan Piala FA pada musim 2019 dan seterusnya ke pentas final Piala Malaysia 2019 serta menduduki tempat kedua Liga Super musim ini.