Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Dechi Marcel kini ‘panas’ dikaitkan dengan spekulasi pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas skuad Hijau Kuning itu dikatakan mahu mencari beberapa import berpengalaman dalam Liga Malaysia untuk aksi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.

Meskipun belum ada maklumat rasmi berkaitan penghijrahan pemain kelahiran Ivory Coast berusia 30 tahun yang digelar Kante Ganu itu, namun melalui sumber yang berlegar setakat ini, nama Marcel kini dikatakan berada dalam radar skuad Hijau Kuning yang mahu menguatkan corak permainan di ruang tengah.

Jika pemain lincah dengan kawalan bola yang baik dan pernah beraksi untuk UiTM FC , Terengganu FC II (TFC II) dan kini Terengganu FC (TFC) ini menjadi kenyataan bersama Kedah, pastinya ianya akan memberi suntikan yang ‘meny3ngat’ untuk menghasilkan s3rangan yang lebih padu buat skuad Hijau Kuning pada musim depan.

Selain Marcel, seorang lagi pemain import tengah dari Filipina berusia 29 tahun yang beraksi dengan cukup berkeyakinan bersama skuad Melaka United, Manuel Ott juga turut dikaitkan dengan skuad KDA FC.

Corak kawalan permainan serta serangan yang ada pada pemain ini dikatakan juga bersesuaian dengan penguasaan ruang tengah yang sedang dirancang Kedah pada masa ini.

Ia susulan, dua pemain import tengah yang beraksi pada musim ini bersama KDA FC iaitu Rabih Ataya dari Lubnan dan M Anumanthan dari Singapura dijangka tidak akan bersama pasukan Kedah untuk saingan pada musim 2022.

Jika tanpa dua tonggak berkenaan, maka kehadiran Kante Ganu dan Manuel Ott dilihat pilihan yang tepat dan mampu menguatkan jentera tengah sekali gus memberi saingan yang hebat buat KDA FC dalam kancah Liga Malaysia berbanding musim ini.

Marcel dan Ott menunjukkan sumbangan terbaik mereka dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia baru-baru ini dan masing-masing sudah meledak empat dan enam gol dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.

sumber:- HM

Spekulasi mengenai beberapa penggantian pemain baharu membabitkan skuad KDA FC sudah mula ‘bertiup k3ncang’ selepas skuad kendalian jurulatih, Aidil Sharin Sahak tidak melepasi saingan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan agregat 0-1.