Sukan

TFC hantar rayuan rasmi

Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd akan mengemukakan rayuan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung hukuman denda RM10,000 dikenakan ke atas kelab itu semalam.

Turut dikenakan kompaun dengan jumlah sama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesan pel@nggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan penonton ketika pertemuan TFC men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Isnin lalu.

Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, pihaknya akur dengan tindakan denda ke atas kelab itu dan memohon maaf terhadap apa yang berlaku.

TFC dikompaun oleh JKNT berhubung kesalahan pada aksi separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia menentang JDT Isnin lalu. Bagaimanapun kami akan membuat rayuan secara rasmi kepada KKM dalam masa terdekat untuk mengurangkan jumlah denda berkenaan.

“Berkenaan denda dikenakan kepada MFL pula, badan induk itu akan uruskan dengan KKM, kita hanya buat rayuan kompaun dikenakan kepada TFC, harap KKM dapat mengurangkan kadar bayaran denda itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

sumber:- HM

Terdahulu, hari ini JKNT mengenakan hukuman denda masing-masing RM10,000 kepada TFC Sdn Bhd dan MFL atas kesalahan pelanggaran SOP dalam kalangan penonton pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia Isnin lalu.