Sukan

Jangan sampai tidak dapat beraksi di Piala AFF

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berdoa agar 12 tonggak yang bersaing dalam peringkat separuh akhir dan final Piala Malaysia bebas daripada sebarang kecederaan ketika kempen Piala AFF yang berbaki sembilan hari.

Jelas Cheng Hoe, selain kecederaan, beliau juga bimbang dengan masalah kepenatan yang mungkin akan menghantuI skuad kendaliannya sebelum sepak mula aksi pertama Kumpulan B men3ntang Kemboja pada 6 Disember ini.

“Kalau kita lihat jadual (peringkat kalah mat! Piala Malaysia) pun agak dekat, dari segi kebimbangan memang ada terutama dari segi kec3deraan dan keletihan.

Tapi dalam bola sepak ini kecederaan kadang kala kita tak boleh nak elak sebab pemain sudah tentu akan bermain dalam keadaan terbaik.

“Cuma masalah kepenatan mungkin akan menjadi cabaran besar kita nanti. Kita harap dan berdoa pemain-pemain akan cergas dan dapat sertai pasukan selepas habis separuh akhir dan final Piala Malaysia nanti,” katanya kepada Arena Metro.

Seramai 28 pemain disenaraikan Cheng Hoe untuk menghadapi kempen Piala AFF di mana skuad Harimau Malaya diletakkan sasaran mara ke pentas final sekali gus cuba mengulangi pencapaian 2010 dengan menjulang trofi itu.

Daripada jumlah berkenaan, latihan fasa pertama ketika ini hanya membabitkan 12 pemain yang tidak beraksi di separuh akhir Piala Malaysia dan jumlah berkenaan akan bertambah selepas aksi kedua timbal balik itu.

Manakala empat tonggak yang berpengkalan di luar negara pula akan terus menyertai pasukan di Singapura pada 3 Disember ini membabitkan Junior Eldstal, Dominic Tan, Luqman Hakim Shamsudin dan Dion Cools.

“Pemain yang tak beraksi di final akan mula sertai pasukan 28 haribulan (Ahad ini), di mana saya berikan cuti satu hari untuk mereka bersama keluarga sebelum masuk kem latihan negara,” katanya.

sumber:- HM

Di saingan serantau itu nanti, Malaysia yang juga naib juara edisi lalu diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Laos, Kemboja, Indonesia dan Vietnam.