Barisan pemain yang dipilih membarisi skuad Harimau Malaya ke kejohanan Piala AFF 2021 mungkin berubah apabila mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 Jun tahun depan.
Ini bermakna pemain lain yang menunjukkan peningkatan dan berkebolehan masih lagi berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya bagi mengharungi kejohanan akan datang.

Pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berkata, barisan pemain yang dipilih untuk mengharungi kejohanan Piala AFF 2021 antara yang terbaik berdasarkan prestasi semasa mereka bersama kelab masing-masing.

Katanya, walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuk tempoh latihan agak terhad namun barisan kejurulatihan mempunyai perancangan bagi mempersiapkan pemain supaya lebih bersedia sebelum menjelang sepak mula kejohanan awal Disember ini.

Barisan pemain dipilih ini kemungkinan tidak akan kekal kerana kita masih memberi ruang dan peluang kepada mereka yang menunjukkan prestasi terbaik bersama kelab masing-masing.

“Oleh itu, mungkin ada perubahan pemain apabila kita mengharungi kejohanan kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung pertengahan tahun depan. Fokus sekarang ini adalah mempersiapkan mereka menerusi latihan secara berperingkat sehinggalah dapat mengumpul semua pemain selepas tamatnya final Piala Malaysia,” katanya.

sumber:- HM

Mengikut rekod, kejohanan di Singapura nanti, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen dengan men3ntang Kemboja pada 6 Disember ini. Selepas itu, pemain negara akan meneruskan aksi dengan berdepan Laos, Vietnam dan Indonesia sebelum dua pasukan terbaik mara ke separuh akhir.