Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melantik tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai penaung pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Presidennya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Mohd Daud, 57, diyakini mampu membantu usaha mewujudkan jaringan pintar antara KDA FC bersama pemegang taruh lain, serta menyuntik semangat baharu kepada pasukan berkenaan.
Penglibatan Mohd Daud diharap menyuntik stamina baharu kepada KDA FC dan industri bola sepak di negara ini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana setuju terjun ke dalam kancah bola sepak yang amat mencabar ini.
“Penglibatan beliau diyakini dapat membantu usaha mewujudkan jaringan pintar KDA FC dengan semua pemegang taruh dan seluruh rakyat Kedah,” katanya pada sidang media khas secara dalam talian hari ini.
Ketika ini, Mohd Daud dikenali sebagai tokoh kewangan dan usahawan dalam pelbagai bidang termasuk memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Selain itu, beliau turut pernah menerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2014 selain terbabit dalam banyak aktiviti masyarakat di Kedah dan di negara ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar berkata, pengalaman dan reputasi dimiliki Mohd Daud diyakini dapat membantu aspek pengurusan kelab dan hal berkaitan pembangunan bola sepak negeri.
Sementara itu, Mohd Daud berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada KDA FC dan kerajaan negeri kerana memberi peluang kepada beliau untuk memberi n@fas baharu meremajakan kelab berkenaan.
Saya sedar betapa mencabarnya bidang sukan khususnya bola sepak dan saya ambil cabaran memimpin KDA FC bagi menjadikannya sebagai pasukan mempunyai kelestarian kewangan, fasiliti yang mampan, kejurulatihan beraras tinggi dan pemain yang cekap.
sumber:- BH
“Antara fokus utama pada 2022 ialah menyediakan dana bagi membina Pusat Latihan KDA yang akan menjadi pusat graviti bukan sahaja kepada KDA FC tetapi juga seluruh komuniti Kedah, manakala rancangan tempoh selanjutnya ialah membina stadium KDA FC,” katanya.