Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Dechi Marcel menuntut rakan sepasukannya beraksi bermat!-mat!an biarpun bakal berdepan dengan laluan getir men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir kedua saingan saingan Piala Malaysia, di Stadium Sultan Ibrahim, Inskandar Puteri, Jumaat ini.
Pemain kelahiran Ivory Coast berusia 30 tahun itu yang sudah lima musim beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) percaya, pasukannya mampu memberi t3ntangan sengit dalam perlawanan hidup mat! itu walaupun beraksi di depan lautan penyokong lawan.
Tambah pemain yang didaftarkan bersama pasukan ‘adik’ Terengganu FC II (TFC II) pada saat-saat akhir musim ini berkata, peluang buat pasukannya untuk mara ke pentas final masih terbuka luas walaupun kelebihan jaringan di tempat lawan memihak kepada skuad Harimau Selatan itu selepas mengikat TFC 1-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Isnin lalu.
Bertandang ke stadium lawan bukan tugas mudah buat kami, lebih-lebih lagi bakal berdepan dengan ribuan peminat fanatik mereka yang pasti menambahkan lagi semangat buat pemain mereka.
Namun kami datang dengan misi untuk melangkah ke pentas final, pastinya kemenangan yang kami carikan, kami ada peluang, kami akan fokus dan beraksi bermat!-mat!an hingga ke wisel penamat walaupun sedar pelbagai kesukaran dan cabaran bakal dilalui sepanjang 90 minit perlawanan.
“Tapi rekod kemenangan kami 1-0 menumpaskan skuad itu pada aksi Liga Super musim ini juga perlu diberi perhatian, lagipun tekanan kami tidak sekuat tuan rumah, ini juga kelebihan kepada kami untuk terus fokus dalam aksi getir itu,” katanya yang mengharapkan pengadil mampu melaksanakan tugas dengan adil dan berkesan tanpa berat sebelah.
Ketika ditanya apa bekalan yang bakal dibawa ke tempat lawan dalam misi melangkah ke final, Marcel yang pernah beraksi dengan striker Kedah Darul Aman FC (KDAFC), Kipre Tchetche ketika bersama kelab Jeunesse Abidjan di negaranya akui faktor kekeluargaan adalah tunjang utama kekuatan pasukannya.
“Ketika di padang, kekuatan kami ialah bermain secara berpasukan dan saling membantu, inilah yang sering kami amalkan hasil bimbingan jurulatih dan pihak pengurusan, ternyata ianya membuahkan hasil, harapan kami kejayaan terus mengiringi TFC,” katanya.
Pemain digelar ‘Kante Ganu’ itu dijangka bakal terus diberi tanggungjawab di jentera tengah bergandingan dengan pemain kelahiran Bahrain, Habib Haroon dan pemain berd@rah kacukan England-Malaysia, Lee Tuck selepas beraksi cemerlang dalam aksi sebelum ini.
sumber:- HM
Posisi striker sudah pasti menjadi milik pemain kelahiran Ghana, Jordan Mintah yang berjaya memperagakan aksi terbaik manakala striker berasal dari Brazil, David Da Silva sekali lagi bakal direhatkan oleh pengendali, Nafuzi Zain.