Sukan

Berita baik untuk TFC menjelang perlawanan kedua dengan JDT

Terengganu FC (TFC) kembali ceria selepas kaptennya, Carli De Murga disahkan pulih daripada kecederaan menjelang aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia, men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Berita gembira itu dikongsi Ketua Pegawai Operasi, Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas yang melihat kehadiran semula pemain berd@rah kacukan Sepanyol-Filipina itu sebagai svntikan semangat buat skuad Penyu.

Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Isnin lalu, pemain berusia 32 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan selepas kesukaran bern@fas akibat pert3mbungan dengan striker JDT, Bergson Da Silva pada minit ke-70.

Kepantasan pasukan perubatan skuad Harimau Selatan yang berada paling hampir dengan insid3n itu selepas wisel panjang ditiupkan berkali-kali pengadil harus dipuji sebelum pasukan pervbatan TFC yang berada agak jauh tiba sekali gus mengelak daripada kejadian tidak diingini.

“Alhamdulillah, Murga tidak mengalami kec3deraan serius pada bahagian dada selepas dikejarkan ke HSNZ akibat pertembungan dengan Bergson Isnin lalu. Mungkin dia boleh beraksi pada Jumaat ini. Namun ia bergantung kepada taktikal ketua jurulatih, Nafuzi Zain sama ada akan menurunkan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Sabri mengharapkan pengadil yang bakal diberi tanggungjawab mengadili perlawanan penting pada malam Jumaat itu dapat memikul amanah dengan berkesan tanpa sebarang kesilapan kerana impaknya cukup besar.

Harapan kita agar pengadil dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan bijak membuat keputusan yang betul bagi mengelak pasukan bertanding menjadi m@ngsa.

“Kami juga mengharapkan pengadil telus, tidak berat sebelah selain tidak dipengaruhi emosi ketika menjalankan tugas. Inilah harapan kami, menang kalah adat pertandingan,” katanya sambil mengharapkan pemain TFC tidak beremosi ketika beraksi.

Pada Isnin lalu, pengadil Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah menjadi sasaran banyak pihak termasuk pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan mutu pengadilannya begitu teruk sehingga mendesak sudah tiba masanya video bantuan pengadil (VAR) digunakan dalam Liga Malaysia.

sumber:- BH

Turut melahirkan rasa kesal Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengharapkan mutu pengadilan lebih baik pada aksi separuh akhir kedua nanti.