Sukan

Mutu pengadilan teruk dipertikai

Mutu pengadilan kembali dipersoalkan dan kali ini ia berlaku pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam.

Ini selepas penyokong di laman media sosial mendakwa pengadil perlawanan, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah gagal memperagakan aksi yang terbaik apabila ‘terlepas’ layangan kad yang sepatutnya diberikan susulan beberapa situasi yang berlaku.

Antaranya kekasaran yang dilakukan pemain tengah skuad Harimau Selatan, Natxo Insa dan men3ndang bola selepas wisel dibunyikan serta insid3n pertahanan pelawat, Shane Lowry yang ‘berg0coh’ dengan dua pemain TFC, Jordan Mintah dan Suhaimi Hussin.

Malah, klip video mengenai insid3n minit ke-70 itu turut tular di media sosial sehingga dihujani dengan komen penyokong yang rata-rata hairan selepas pengadil tidak melayangkan sebarang kad kepada pertahanan dari Australia itu.

Ketika diminta mengulas mengenai mutu pengadilan pada perlawanan terbabit oleh pelayar Internet, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui pengadil perlawanan menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan.

Ref (pengadil) teruk. Bukan perlawanan ini sahaja. Majoriti perlawanan setiap tahun. Sabah lawan Terengganu, JDT lawan Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain lain.

Terjahan daripada majoriti pasukan Liga Super dan Piala Malaysia adalah berbahaya. Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu penambahbaikan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mesti ambil tindakan.

“VAR (video bantuan pengadil) adalah satu keperluan,” kata Tunku Ismail menerusi akaun Twitter miliknya.

sumber:-BH

Pada aksi separuh akhir pertama itu, kedua dua pasukan terikat 1-1 sekali gus menyaksikan perebutan ke slot final Piala Malaysia semakin rancak pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.