Sukan

Aksi terjah Lowry terhadap Mintah ikut perspektif Subkhiddin

TINDAKAN pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry yang mengasari striker Terengganu FC (TFC) Jordan Mintah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 jelas adalah satu perwatakan keg@nasan dalam bola sepak.

Pandangan itu dilontarkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh yang mengakui ‘keg@nasan’ dilakukan pemain import dari Australia itu boleh dikenakan hukuman berat.

“Keputusan terhadap tindakan itu semua orang sudah boleh tahu, tak perlu kita sebut. Ini adalah konsep tindakan gan@s kerana bola tidak dimainkan ketika itu. Ceritanya berbeza jika ia berlaku semasa dalam permainan maka ia menunjukkan benar-benar ingin mencabar bola.

“Tetapi ini bola tiada di situ, ‘out of play’ dan dia (Lowry) bertindak sebegitu. Ia adalah kelakuan yang g@nas ibarat menolak pengadil, konsep yang sama,” katanya ketika dihubungi Bernama sambil menambah pengadil perlu berani mengambil tindakan terhadap kelakuan sedemikian.

Tenaga pengajar bahagian teknikal pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu berkata, insiden pemain berkelakuan ganas, adalah masalah yang berulang kali terjadi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) sejak kebelakangan ini.

Mengambil pert3mbungan antara TFC dan JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu pada Isnin sebagai contoh, bekas pengadil elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan kebangsaan itu berkata, sekurang-kurangnya tiga insid3n keg@nasan berlaku, dan tidak seharusnya dibiarkan begitu saja.

Pengadil jangan takut, kerana semua boleh menerima kalau dia membuat satu keputusan yang betul. Ia tidak akan menjadi masalah, tidak akan timbul isu atau skandal. Jika (pemain) kena gantung sekali pun, orang boleh terima sebab ia adalah keputusan yang betul.

“Tetapi bila keputusan yang dibuat itu tidak betul, memang akan mengundang k3caman, apatah lagi jika dalam satu perlawanan ada tiga isu tidak sepatutnya berlaku. Kalau insiden itu berlaku depan mata, tidak sepatutnya dia tidak tahu jawapan yang sepatutnya dia berikan,” katanya.

Pada aksi malam Isnin, Lowry bertindak meluru ke arah Mintah sebelum menarik baju dan menolak pemain dari Ghana itu yang terbaring ke padang pada minit ke-71, sekali gus mencetuskan suasana tegang, namun tiada layangan kad sebagai am@ran kepadanya oleh pegawai perlawanan, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah.

Insid3n tersebut antara beberapa ‘keganasan’ yang berlaku pada aksi yang berkesudahan 1-1, dengan ia turut menarik perhatian pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat pengadil berkenaan tidak menunjukkan mutu pengadilan yang baik.

Tunku Ismail turut meminta satu penambahbaikan terhadap perkara itu dan menggesa FAM mengambil tindakan, selain turut menyifatkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) adalah satu keperluan.

Sementara itu, Naib Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil badan induk itu, Datuk S Sivasundaram berkata, FAM hanya akan mengambil tindakan berdasarkan penilaian dibuat penilai pengadil bertugas pada sesuatu perlawanan.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala kritikan dan cadangan akan diambil untuk memperbaiki segala kelemahan, dalam memastikan usaha memartabatkan pengadil tempatan tercapai.

Pengadil sentiasa berkecuali dan kita ikut undang-undang permainan ditetapkan FIFA. Setakat ini dalam saingan Piala Malaysia, saya tidak mendapat apa-apa aduan. Dalam kempen liga sebanyak 132 perlawanan, saya baru terima sembilan peratus aduan, jadi mana-mana boleh diperbaiki kita akan perbaiki.

“Kita mempunyai bahagian Pembangunan Pengadil dan mana-mana pengadil yang didapati tidak menunjukkan prestasi akan dirujuk ke situ. Jika pengadil itu bersalah kita akan hukum, tapi kalau dia tidak bersalah sudah tentu FAM akan sentiasa melindungi pengadil,” katanya.

sumber:- SH

Dalam pada itu, Sivasundaram berkata, FAM masih dalam kajian mengenai penggunaan VAR dalam saingan di peringkat domestik yang dianggarkan menelan kos sehingga RM20 juta. – Bernama