Selepas mempamerkan prestasi terbaik bersama Sarawak United sepanjang musim ini, saham Zahril Azri Zabri tampak naik mencanak apabila sekurang-kurangnya empat pasukan cuba mendapatkan khidmatnya untuk musim depan.

Perkembangan itu dimaklumkan ejen Zahril iaitu, Faidauz Azhar kepada BH Sukan dengan keempat-empat pasukan itu adalah dari Liga Super.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Operasi Exeliq Sports Management Sdn Bhd menjelaskan ketika ini pihaknya sedang meneliti tawaran terbaik buat bekas pemain Selangor itu.

“Ada beberapa lagi pasukan yang bertanya namun tidak secara rasmi. Tapi empat pasukan ini yang pengurusan mereka sudah hubungi saya,” katanya.

Zahril yang berhijrah ke Sarawak United dari Selangor pada musim ini mempamerkan persembahan cemerlang dan berjaya membantu pasukannya muncul naib juara Liga Perdana.

Sementara itu, Zahril yang baru berusia 22 tahun mengakui bersyukur kerana prestasi yang dipamerkan sepanjang bersama Sarawak United mendapat perhatian pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Musim ini adalah musim yagn terbaik buat saya sejak menjadi seorang pemain profesional, tetapi masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki dan belajar untuk menjadi pemain lebih baik.

sumber:- BH

“Saya amat berterima kasih kepada barisan kejurutihan terutama E Elavarasan yang memberi kepercayaan kepada saya dan jurulatih lain serta rakan sepasukan yang banyak membantu,” katanya.