Sukan

Perlawanan laku keras

Ibarat pisang goreng panas! Inilah yang boleh dirumuskan mengenai penjualan tiket aksi separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia edisi ke-100 pertemuan tuan rumah, Terengganu FC (TFC) men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, walaupun jualan dibuka melalui dalam talian, peminat setia skuad Penyu tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan pemain kesayangan mereka beraksi menentang pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), itu.

Mohd Sabri berkata, sebanyak 20,000 keping tiket disediakan berdasarkan 50 peratus daripada kapasiti stadium sebagaimana syarat yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi membendung penularan wabak pand3mik C0vid-19 yang masih belum reda.

Jualan tiket yang bermula pada 19 November lalu secara dalam talian serta beberapa tempat terpilih laris bagaikan pisang goreng panas, daripada jumlah itu, sebanyak 19,300 diperuntukkan kepada penyokong tuan rumah manakala selebihnya kepada penyokong pasukan lawan.

“Kita menghargai sokongan padu daripada peminat setia skuad TFC dan pada masa yang sama pihak pengurusan memohon maaf kepada penyokong kerana difahamkan ramai antara mereka kecewa kerana tidak sempat membeli tiket yang berharga RM20 itu kerana kehabisan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Sabri mengingatkan peminat setia yang hadir ke stadium tidak membuat kekecohan selain menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi wabak pandemik itu masih lagi ada.

Kita tidak mahu sejarah hitam 2015 kembali berulang di mana penonton merusuh kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan ketika Terengganu bertemu wakil Singapura, Lions XII pada aksi separuh akhir Piala FA.

Kita juga tidak mahu kejadian pemain masuk ke kawasan padang ketika TFC men3ntang Selangor FC pada 7 November lalu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berulang.

sumber:- HM

“Kami harap semua peminat dapat patuh dengan arahan dan mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi ketika memberikan sokongan kepada pasukan dalam misi memburu slot ke pentas final Piala Malaysia kerana kita hanya selangkah sahaja lagi ke destinasi itu,” katanya.