Sukan

Enggan fikirkan JDT

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, enggan memikirkan status Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilabel pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) menjelang pertemuan separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam esok.

Jurulatih kelahiran Kelantan itu juga tidak mahu fikirkan mengenai kekebalan pertahanan skuad Harimau Selatan itu yang setakat ini hanya bolos satu gol dalam saingan Piala Malaysia selain ketajaman jentera s3rangannya yang diketuai Bergson Da Silva.

Sebaliknya jurulatih meningkat naik berusia 43 tahun itu mahu fokus sepenuhnya kepada persiapan pasukannya untuk membvru kemenangan dalam saingan trofi berprestij edisi ke-100 itu sebagai bekalan sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini pada aksi kedua.

Beliau yang mengambil alih sepenuhnya skuad Penyu bermula musim lalu bagaimanapun lebih selesa diletakkan sebagai pasukan underdog kerana sedar keupayaan skuad kendalian Benjamin Mora yang hadir dengan reputasi juara bertahan dan juara Liga Super lapan musim berturut-turut.

Kita tahu kekuatan sebenar JDT sebagai pasukan terbaik dalam Liga M, tapi saya tidak mahu fokus kepada skuad itu mengenai berapa jumlah pasukan itu bolos dan berapa jumlah mereka jaringkan gol dalam saingan Piala Malaysia setakat ini.

Apa yang penting bagi kita ialah perlu fokus kepada persiapan pasukan kita sebagai persediaan men3ntang pasukan itu walaupun kita tahu bolos satu jaringan menunjukkan pertahanan skuad itu bagus, tapi kita juga ada perancangan sebelum berdepan pertahanan mereka yang bagus.

Lagipun saya lebih selesa diletakkan sebagai pasukan underdog berbanding pasukan pilihan, ini kerana walaupun beraksi di tempat sendiri, ia bukan kelebihan untuk kita menang kerana ia bergantung kepada persembahan pemain pada malam itu.

“Tapi beraksi di tempat sendiri sudah tentu pemain mendapat suntikan semangat dengan sokongan padu daripada penyokong setia, saya akan merangka strategi terbaik untuk menghadiahkan kemenangan bagi tidak menghampakan harapan penyokong,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rekod pertemuan dalam saingan Liga Super musim ini yang seimbang dengan masing-masing merekod satu kemenangan dan sekali tewas dengan jumlah jaringan sama 1-0, Nafuzi tidak mahu mendabik dada sebaliknya percaya ia memberi keyakinan kepada anak buahnya.

Kita hormati pasukan itu selaku pasukan terbaik dalam negara, tapi dengan dua rekod pertemuan dalam saingan Liga Super musim ini, ianya memberikan keyakinan kepada pemain untuk berdepan dengan skuad kendalian Mora itu.

“Saya juga meletakkan harapan yang tinggi agar kejayaan menundukkan pasukan itu di peringkat separuh akhir pada 2018 dengan agregat 3-2 ketika saya menjadi pembantu jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim dapat diulangi dan seterusnya ke pentas final untuk menjulang kejuaraan buat kali kedua dalam sejarah,” katanya yang belum memutuskan sama ada kaptennya, Carli De Murga yang sudah pulih daripada kec3deraan kembali disenaraikan ataupun sebaliknya.

sumber:- HM

Berdasarkan rekod, kali pertama dan terakhir skuad Penyu menjulang trofi berprestij itu pada 2001 bawah bimbingan Mat Zan Mat Aris, ketika itu Nafuzi bergelar striker Terengganu dan berjaya mel3dak satu gol pada aksi separuh akhir pertama men3ntang Kelantan hasil kemenangan 2-0 dengan satu gol lagi menerusi Sapian Wahid.