Sukan

Tuduhan tidak berasas

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards menjelaskan pihaknya terkilan dengan tuduhan tidak berasas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang menyatakan JDT masih berhutang dengan persatuan itu mengenai pampasan latihan dan pembangunan membabitkan perpindahan kontr0versi Akhyar Rashid.

Sebaliknya, Edwards menegaskan pihaknya tidak pernah diarahkan oleh mana-mana pihak untuk membayar pampasan atau duduk berunding selepas keputusan yang dibuat oleh mahkamah timbang tara pada 9 Januari tahun lalu untuk membatalkan keputusan awal oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengarahkan membayar pampasan latihan kepada Kedah.

Sementara Kedah berhak untuk memulakan tuntutan baharu berkaitan pampasan latihan, ianya tidak masuk akal untuk mendakwa JDT tidak menjelaskan bayaran di mana JDT tidak diarahkan untuk membayar apa-apa pun oleh badan bola sepak mahupun pihak timbang tara setakat ini.

“JDT tidak diwajibkan untuk berbincang melainkan diarahkan oleh pihak yang berkuasa,” kata Edwards dalam satu kenyataan di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Kenyataan Edwards itu sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan KFA melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Che Haron.

Terdahulu, Zulkifli mendakwa KFA masih berhak menuntut pampasan daripada JDT susulan perpindahan kontr0versi bekas pemainnya, Akhyar ke Harimau Selatan pada 2018.

Walaupun pertikaian di antara KFA dan Akhyar berhubung dengan kontrak pemain telah diputuskan dan selesai antara kedua-dua pihak, KFA masih lagi berhak untuk menuntut pampasan bagi kos latihan dan pembangunan Akhyar dari JDT melalui Jawatankuasa Rayuan FAM.

“Kenyataan Alistair berkenaan KFA tidak perlu yuran pembangunan dan tiada tuntutan dari KFA, perkara ini adalah tidak benar sama sekali memandangkan berlakunya proses perbincangan dan KFA masih menunggu satu tawaran pampasan daripada JDT bersesuaian yang akan dipersetujui oleh kedua-kedua pihak.

Setiap tindakan yang diambil oleh KFA berhubung perkara ini adalah berdasarkan kepada nasihat guaman. KFA akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut dari masa ke semasa.

sumber:- BH

“Saya menasihati Alistair supaya menyemak semula segala fail serta memahami setiap keputusan berkaitan dengan kes tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan menuduh Presiden KFA membuat tuduhan tidak berasas terhadap JDT,” kata Zulkifli.