Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias menganggap pemain import Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah cukup berb@haya dan perlu diawasi apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Isnin ini.

Penjaga gol skuad Harimau Selatan itu tidak begitu mengenali pemain import TFC itu selepas dua kali men3ntang kelab dari Pantai Timur itu, Mintah tidak beraksi kerana bermain untuk Terengganu FC II.

“Tapi apa yang saya lihat pada rakaman video, Jordan adalah seorang pemain berb@haya di hadapan gol dan sentiasa mencari ruang untuk menjaringkan gol malah dia juga bijak menyudahkan sepakan percuma dan kami harus berhati-hati,” katanya.

Mengulas mengenai pertembungan men3ntang skuad kendalian Nafuzi Zain pada aksi separuh akhir pertama, Farizal mengakui TFC pasukan mantap musim ini, namun dalam permainan bola sepak apa jua boleh berlaku.

“Cara permainan Terengganu tidak jauh beza dengan JDT dan mereka memiliki pemain yang berkebolehan dan teknik permainan yang baik malah pantas untuk melakukan s3rangan balas yang mampu beri ancaman terhadap benteng kami.

Justeru kita harus berhati-hati apabila bertandang ke Terengganu bagi mengharungi aksi separuh akhir pertama kerana kami inginkan kemenangan walaupun beraksi di tempat lawan dan apa yang penting barisan pertahanan kami tidak boleh dibolosi.

“Jika Terengganu mencipta jaringan sudah pasti ia beri tekanan buat kami dan seeloknya sasaran kami adalah membvru kemenangan dan apa yang kami tekankan adalah tidak terlalu yakin sebaliknya beraksi seperti biasa bagi mengelak tekanan,” katanya.

Pert3mbungan JDT dan TFC ini adalah ulangan musim 2018 apabila JDT tersingkir selepas tewas 2-3 secara agregat kepada skuad Penyu manakala pada musim 2019, JDT menyingkirkan anak didik Nafuzi dengan agregat 5-1 pada aksi suku akhir.

Farizal juga mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak terjebak dengan helah permainan TFC dan sentiasa memberi 100 peratus fokus sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak melakukan kesilapan mudah.

Katanya, pemain TFC seperi Faisal Halim dan Faiz Mansor tampak begitu licik dan perlu diawasi selepas kedua-dua pemain itu begitu menyerlah ketika pasukan itu menewaskan Sarawak United pada aksi suku akhir, Selasa lalu.

sumber:- BH

“Saya jangkakan ia perlawanan menarik dan mendebarkan kerana sepanjang saingan Liga Super rekod pertemuan kami dan Terengganu seimbang selepas kami pernah tewas dengan mereka pada aksi liga dan menang pada pusing kedua. Jadi ia ibarat final buat kami,” kata Farizal.