Pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak menyifatkan kecekapan penjaga gol, Mohd Shahril Sa’ari berjaya mengelak mereka daripada dibolosi lebih banyak gol ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Walaupun tewas tipis 0-1 kepada skuad kendalian Benjamin Mora namun pengendali kelahiran Singapura itu menanggap Mohd Shahril bukan sahaja beraksi cemerlang pada aksi suku akhir kedua tetapi memperagakan aksi terbaik ketika suku akhir pertama di Alor Setar, baru-baru ini.

Mohd Shahril menunjukkan karakter yang positif ketika mengemudi gawang gol, malah keampuhan benteng pertahanan dengan gandingan Renan (Alves), Bonai (Rodney Celvin), Rizal (Ghazali) dan Ariff Farhan (Md Esa) turut membantunya beraksi cemerlang.

Anda sendiri lihat bagaimana JDT kerap meny3rang dan melakukan percubaan berb@haya ke arah gol kami tapi sukar untuk mereka mencipta jaringan selepas Mohd Shahril begitu tangkas menepis bola daripada menerjah jaring.

“Aksi ini membuktikan Mohd Shahril penjaga gol terbaik dalam kancah Liga Malaysia dan pujian harus diberikan kepadanya kerana menghalang JDT mencipta gol, sebaliknya hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai kegagalan skuad Lang Merah mara ke saingan separuh akhir, beliau menganggap nasib tidak menyebelahi pasukannya sebaliknya menegaskan pasukannya bukan seperti JDT, Selangor FC, Terengganu FC dan Perak FC yang memiliki pasukan `feeder’ beraksi di Liga Perdana.

Tambahnya, KDA FC tidak memiliki 50 pemain tempatan dan sembilan pemain import untuk bersilih ganti antara pasukan utama dan pasukan `feeder’.

sumber:- HM

“Apapun, kami sudah buktikan ketika aksi suku akhir pertama berbekalkan dua pemain import kami mampu mengimbangi kekuatan JDT dan malam ini (malam tadi) dengan tiga pemain import, kami beri t3ntangan sengit dan membuat JDT gagal menambah jaringan,” katanya.