Sukan

Mereka hanya terlalu gembira

Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak menyifatkan faktor emosi ‘gembira’ menjadi punca penyokong skuad City Boys mencer0boh kawasan padang selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia berdepan Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Mengakui apa yang dilakukan penyokong itu sebagai satu kesalahan, pengendali dari Croatia itu menjelaskan kawalan perlu diperketatkan sekiranya mahu mengelak perkara sama berulang.

Malah, dia juga berkata tidak risau mengenai risiko terhadap pemainnya yang menjadi kontak kepada puluhan penyokong selepas turut dipeluk peminat di atas padang ketika insiden itu.

Anda perlu faham bola sepak adalah permainan beremosi. Anda bukan sahaja boleh lihat emosi dalam diri pemain, tapi juga penyokong.

Apa yang mereka lakukan selepas perlawanan hari ini (malam tadi) salah, tapi anda juga perlu faham ia adalah emosi, jadi ia lebih baik seperti ini daripada stadium kosong.

“Apa yang menjadi masalah mereka melompat (ke padang) untuk meraikan, anda tak boleh halang mereka. Saya fikir kita hanya perlu ketatkan kawalan, kerana semua orang terkejut dan semua tidak jangka apa yang dilakukan penyokong KL,” katanya Hodak selepas perlawanan.

Puluhan penyokong mencemari kejayaan KL City FC mara ke separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur selepas mereka mencer0boh masuk ke dalam padang selepas wisel penamat dibunyikan.

Meskipun penyokong turut sama teruja mahu meraikan kejayaan KL City menumpaskan Selangor dengan agregat 3-0, namun tindakan itu mungkin mengundang padah kepada tuan rumah.

Ini kerana penganjuran Liga Malaysia (Liga M) masih tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat susulan kes pand3mik COV!D-19 yang masih belum reda ketika ini.

sumber:- BH

Sebagai rekod, ini kali kedua insid3n terbabit berlaku selepas ‘pencerobohan’ yang dilakukan penyokong Terengganu FC (FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini.